SUGENG RAWUH

It's my blog

Selasa, 05 Februari 2008

Kalkulus Matematika

Kalkulus merupakan cabang matematika yang dikembangkan dari aljabar dan geometri. Kalkulus mempelajari yang berhubungan dengan kecepatan atau tingkat pergerakan, misalnya percepatan, kurva dan kemiringan. Perkembangan kalkulus didukung oleh Archimides, Leibniz, Newton, Barrow, Descartes, de Fermat, Huygens, dan Wallis. Dasar dari kalkulus yaitu turunan, integral, dan limit. Salah satu tujuan utama perkembangan kalkulus adalah untuk pemecahan masalah garis singgung.

Penyelidiakan tentang topik kalkulus telah dijalankan pada awal kurun ke-17. Sir Isaac Newton dan Gottfried Wilhelm Leibniz telah menjalankan penyelidikan secara berasingan dan telah memberi sumbangan terbesar dalam kajian tersebut. Penyelidikan Sir Isaac Newton bermula apabila University of Cambridge ditutup pada tahun 1665 yang menyebabkan beliau terpaksa pulang ke tempat asalnya yaitu Lincolnshire.

Selama 18 bulan di sana, beliau telah mencipta ‘Method of Fluxions’, teori graviti dan teori cahaya. Selanjutnya dengan penciptaan teori-teori tersebut, beliau telah menulis sebuah buku yang berjudul ‘De Methodis Serierum et Fluxionum’ pada tahun 1671. Namun, Sir Isaac Newton telah gagal untuk menerbitkan buku tersebut. Buku tersebut tidak diterbitkan sehingga John Colson berjaya menerbitkannya dalam versi Bahasa Inggeris pada tahun 1736. Walau bagaimanapun buku hasil tulisan Sir Isaac Newton tidak mempunyai simbol dan formula.

Gottfried Wilhelm Leibniz telah memulai penyelidikannya pada tahun 1673. Beliau merupakan tokoh yang telah mencipta simbol pembezaan dan pengamiran. Penerbitan pertamanya adalah pada tahun 1684 iaitu ‘Nova Methodus pro Maximis et Minimis, itemque Tangentibus’ dalam ‘Acta Eruditorum’, sebuah surat khabar yang diwujudkan pada tahun 1682 di Leipzig. Kemudian dua orang adik-beradik Bernoulli iaitu Jacob dan Johann mengambil ide tersebut dan mengembangkannya. Sejak kurun ke-17, penyelidikan tentang kalkulus telah mulai berkembang dan mencapai tahap seperti yang sedia ada sekarang.
Mengutip dari "http://ms.wikipedia.org/wiki/Kalkulus

Tidak ada komentar: